Niat Khalid Pertempuran_Firaz

Pada permulaan pertempuran apabila kelihatan yang tentera Muslim berhadapan dengan kemungkinan yang mereka mungkin tewas, Khalid membuat niat bahawa sekiranya beliau akan menjalankan ibadat Haji sekiranya berjaya dalam pertempuran. Selepas meraih kemenangan, Khalid tinggal di Firaz buat seketika bagi menguruskan pentadbiran wilayah yang baru ditakluk. Pada bulan Januari 634 M, sementara sebuah garison berkawal di Firaz, angkatan utama tentera Muslim diarah pulang ke al-Hirah. Khalid tinggal di belakang bersama-sama pasukan belakang tenteranya. Semasa mara ke al-Hirah, Khalid berpisah daripada tenteranya dan terus menuju Makkah mengikut laluan yang jarang-jarang digunakan dengan sepasukan kecil. Beliau sempat menunaikan Haji secara rahsia dan kemudian pulang ke al-Hirah dan sampai di sana sebaik sahaja kontinjen terakhir tenteranya tiba, seolah-olah beliau tidak ke mana-mana dan berada di barisan belakang pasukannya sepanjang perjalanan mereka dari Firaz ke al-Hirah. Dan mahupun Khalid bersusah payah untuk memastikan yang beliau tidak dicam semasa menunaikan Haji di Makkah, berita tiba di telinga Khalifah Abu Bakar RA bahawa Khalid telah meninggalkan pasukannya di Iraq dan telah menziarah Makkah tanpa kenal. Khalid menerima surat daripada Khalifah Abu Bakar yang memintanya agar tidak mengulangi tindakannya.[4]